Hansi Flick melabel rekod sentuhan berbisa Robert Lewandowski telah menggambarkan kualiti rakan sepasukannya di Bayern Munich.

Lewandowski mencetak gol menerusi sentuhan terakhir permainan dalam kemenangan 5-2 ke atas Augsburg, tengah malam tadi, bagi aksi penutup Bundesliga musim ini.

Gerakan itu membawa rekod jaringan liganya yang ke-41 musim ini, ini bermakna bintang Poland itu memadam pencapaian legenda Bayern, Gerd Muller, untuk gol terbanyak yang dijaringkan dalam musim Bundesliga.

Usaha Lewandowski pada mulanya hampir tidak menjadi kenyataan sebelum dia meraikannya dengan pelukan emosi dengan Flick.

Bercakap selepas perlawanan, Lewandowski memberi penghormatannya kepada barisan pemain lain -- sentimen yang turut dikongsi oleh Flick.

Bercakap kepada Sky Germany, Flick berkata: "Kami menang bersama-sama, itulah fokus utama kami. Dengan kualiti yang dimiliki setiap pemain, Lewy dapat memanfaatkannya secara semula jadi.

"Saya gembira buat Lewy. Saya sempat berkata kepada Tapa (penolong jurulatih, Toni Tapalovic) bahawa ia tidak akan dicapai pada hari ini. Tetapi dia akhirnya menyumbat gol."



Hansi Flick melabel rekod sentuhan berbisa Robert Lewandowski telah menggambarkan kualiti rakan sepasukannya di Bayern Munich.

Flick, yang pada asalnya dilantik secara sementara susulan pemecatan Niko Kovac.

Sejak itu, dia membawa tujuh piala utama termasuk tiga kejayaan bergaya dalam kempen 2019-20.

"Saya belum tahu (mengenai peranan dalam skuad Jerman). Hari ini saya ingin menikmati kejuaraan terlebih dahulu. Saya adalah peminat Bayern sejak kecil lagi.

"Sayang sekali tidak ada ramai peminat boleh hadir ketika saya menikmati mengemudi Bayern."

Tonggak utama seperti David Alaba, Jerome Boateng dan Javi Martinez juga akan berkelana selepas musim ini.

Ditanya mengenai emosi hari itu, Flick menjawab: "Ketika Jerome dan David dikeluarkan, ia adalah satu detik istimewa."