NEWCASTLE 0 ARSENAL 2

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mendedahkan bahawa dia menjadikan dokumentari All or Nothing -- sebuah siri televisyen mengenai kisah mereka -- sebagai inspirasi sebelum meninggalkan hotel mereka dan menuju ke gelanggang perlawanan.


The Gunners kembali merapatkan kedudukan dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, dengan satu mata apabila melepasi ujian getir dengan kemenangan meyakinkan 2-0 hasil sentuhan penyudah Martin Odegaard dan jaringan sendiri Fabian Schadi di St James's Park, awal pagi tadi.

Begitupun, ia bukan tugas mudah buat Arteta yang perlu mempersiapkan mental barisan kendaliannya yang dibayangi kekesalan di gelanggang musim lalu, sekali gus kempunan ke Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

"Kami perlu mengimbau keperitannya. Tidak cukup sekadar bercakap mengenainya.

"Bukan hanya pemain malah termasuk kakitangan. Kami perlu sedar bahawa kami tidak cukup berjuang pada hari itu," katanya.




"Kata-kata itu menyakitkan jadi timbul keinginan untuk membalas dendam. Apabila keupayaan anda dipersoalkan maka anda perlu membuktikannya.

"Kami perlu memahami semula emosi tahun lalu, kami perlu sedar betapa sukarnya untuk menghadapi mereka jadi kami perlu turun dengan pendekatan berbeza. Pemain saya melakukannya dengan baik."