SABAH 1 PKNP 0

Jaringan pemain gantian, Rahman Shah Marajeh, pada masa kecederaan mengesahkan kemenangan Sabah ke atas PKNP FC dalam aksi kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.


Tuan rumah terlebih dahulu mencemaskan pintu gol PKNP pada minit kelima menerusi sepakan percuma Rodoljub Paunovic, bagaimanapun ia ditepis keluar penjaga gol lawan.

Pada minit ke-26, giliran pelawat pula memiliki peluang baik menerusi Mohd Hafiz Ramadan, namun percubaannya yang hanya berdepan penjaga gol, diselamatkan Rozaimie Rohim.

Sabah kemudian hampir memperolehi gol pendahuluan pada minit ke-62, bagaimanapun tandukan terbang Paunovic selepas menerima hantaran Leopold Alfonso Otong sekadar singgah di tiang sebelah kiri pintu gol lawan.

Seminit kemudian, tiang gol Semut Merah sekali lagi bergegar, kali ini menerusi tandukan Maxius Musa hasil sepakan sudut dan kedudukan 0-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Sabah lebih banyak melancarkan serangan, namun tiada percubaan berbahaya dilakukan manakala PKNP juga memiliki beberapa peluang tetapi gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Peluang terbaik Sabah hadir pada minit ke-83 menerusi Maxsius yang melakukan rembatan dari dalam kawasan penalti tetapi sedikit tersasar.

Dengan kedudukan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri, Rahman akhirnya menceriakan kira-kira 3,000 penyokong tuan rumah apabila meledak gol pada masa kecederaan bagi memastikan kemenangan 1-0 kepada Sabah.

Gol itu berpunca daripada bola tampanan penjaga gol PKNP hasil sepakan percuma Sabri Sahar yang disudahkan dengan baik oleh Rahman.

Keputusan lain:

SELANGOR 0 PAHANG 2

PERAK 3 TERENGGANU 4

MELAKA UNITED 3 PKNS FC 3