Penolong jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Nanthakumar, tidak melatah dengan kekalahan kepada Putrajaya malam tadi, sebaliknya optimis prestasi anak buahnya akan lebih jitu menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25.

Perlawanan ujian tertutup di Stadium UPM, Serdang, itu menyaksikan skuad Jang tewas 1-2.

"(Persiapan kami) masih (di peringkat) awal lagi, ini baru perlawanan persahabatan kedua buat kami.

"Pada malam ini, kami perlu asah lagi bahagian serangan.

"Setakat ini ada peningkatan. Kami cuma perlu berikan sedikit masa.




"Kami akan bertemu pasukan kuat, Terengganu, di tempat sendiri," katanya selepas perlawanan.

Mereka dijangka menyambut seteru Liga Super, Sang Penyu, pula di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Khamis depan dalam usaha memantapkan pasukan.