Mesut Ozil digugurkan daripada skuad utama Fenerbahce berkuat kuasa serta-merta, umum gergasi Turki itu.

Tiada penjelasan terperinci diberikan atas keputusan menggugurkan bekas bintang Real Madrid dan Arsenal itu dalam perancangan mereka.

Tindakan sama juga dilakukan terhadap pemain tengah Turki, Ozan Tufan.

Fenerbahce mengeluarkan satu kenyataan yang berbunyi: "Pemain pasukan A bola sepak kami, Mesut Ozil dan Ozan Tufan, dikecualikan daripada skuad berdasarkan keputusan yang telah diambil."

A post shared by Mesut Özil (@m10_official)



Ozil telah digantikan dalam separuh masa ketika menentang Konyaspor Ahad lalu dan selepas ketinggalan 0-1, mereka bangkit untuk menang 2-1 sementara Tufan dimasukkan sebagai pemain gantian perlawanan lewat permainan.

Dalam catatan di Instagram, Ozil mendedahkan dia sedang menikmati percutian singkat dan pemain berusia 33 tahun itu mengiringi mesejnya dengan kapsyen, Kembali ke Istanbul selepas 3 hari cuti, dengan gambar dirinya di atas kapal terbang.

Jurulatih Fenerbahce, Ismail Kartal, memuji skuad itu selepas bertemu Konyaspor dan memberikan kesemua anak buahnya berehat selama tiga hari kecuali mereka yang akan beraksi di peringkat antarabangsa.

Fenerbahce menduduki tempat ketiga Liga Super Turki musim ini, dua mata di belakang Konyaspor tetapi ketinggalan 17 mata daripada pendahulu, Trabzonspor.