Mauricio Pochettino mencadangkan kekalahan Paris Saint-Germain (PSG) kepada Nice mendatangkan malang lebih daripada segala-galanya, selepas Andy Delort menjaringkan gol lewat untuk menenggelamkan pendahulu Ligue 1 itu.

Pendahulu kejuaraan gagal menentang skuad kendalian Christophe Galtier di Allianz Riviera berkat penyudah lewat penyerang Algeria itu.

Dengan ketiadaan Kylian Mbappe yang digantung sehingga menyebabkan Les Parisiens kekurangan sengat di jentera serangan, mereka kini telah tewas dalam perlawanan liga dua kali berturut-turut buat kali pertama sejak April 2019.

Pochettino mengakui bahawa pasukannya tidak melakukan cukup untuk meraih kemenangan sementara yakin keputusan seri adalah yang lebih baik buat kedua-dua pasukan.

"Kami fikir ia akan berakhir dengan seri kerana kedua-duanya tidak melakukan yang cukup untuk menang," kata pengendali dari Argentina itu.

"Kami mengawal permainan, terutamanya pada separuh masa kedua, tetapi kami gagal mendapatkan jaringan dan tewas. Tidak banyak yang perlu dianalisis. Ada kalanya jika anda tidak menang, anda tidak semestinya kalah."

Dengan perlawanan kedua peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid akan datang, Pochettino berminat untuk memfokuskan semula pemikiran ke arah masa depan, dan bukannya memikirkan keputusan semalam.

"Kami sedang bersiap untuk pertandingan yang ditunggu-tunggu oleh semua orang di Paris dan semua orang impikan," tambahnya. "Hari Rabu akan menjadi perlawanan yang berbeza, lawan yang berbeza, pertandingan yang berbeza. Saya tidak ragu-ragu bahawa kami akan bermain permainan yang perlu kami lakukan".