Jaringan besar yang diperoleh Malaysia ketika menewaskan Laos di laman sendiri telah membuktikan bahawa anak didik Kim Pan Gon sebuah pasukan yang sempurna di semua bahagian.

Walaupun daripada kalangan mereka yang berada dalam skuad Harimau Malaya kali ini ramai muka baharu, mereka telah menunjukan persefahaman yang baik serta mempamerkan semangat perjuangan yang tinggi dan semangat berpasukan yang ikhlas untuk meletakkan nama Malaysia berada dalam kelompok terbaik untuk layak ke separuh akhir.

Walaupun ramai yang mengatakan Loas merupakan sebuah pasukan yang lemah, ia sebenarnya menguji sejauh mana kekuatan mental dalam mengawal tekanan dan semangat berpasukan serta semangat inginkan kemenangan yang tiada sempadan untuk Harimau Malaya.

Ujian itu telah berjaya dilepasi oleh anak didik Kim Pan Gon apabila berjaya menjelmakan lima jaringan semalam.

Ini telah membuatkan setiap pasukan yang akan berhadapan Harimau Malaya akan lebih berhati-hati, terutama Vietnam dan Singapura kerana mereka juga tidak mahu terlepas peluang untuk melangkah ke separuh akhir.

Tetapi yang mencuri perhatian penulis semalam adalah ketua pasukan Harimau Malaya, iaitu Safawi Rasid, setelah menunjukkan peningkatan prestasinya di atas padang.

Ini petanda yang amat positif untuk Safawi kerana peminat-peminat amat rindu dengan aksi lincahnya dan ia telah dibuktikan dengan umpanan-umpanan yang membawa jaringan sebagaimana jaringan yang dilakukan Faisal Halim dan Haqimi Azim Rosli.

Dengan prestasinya itu, ia pasti akan menambah keyakinan kepadanya untuk terus meningkatkan permainannya seperti sebelum berkelana ke Portugal.

Penulis juga mengharapkan agar ada lagi aksi-aksi dan hantaran-hantaran yang boleh membawa kejutan kepada lawan dan yang paling di tunggu-tunggukan oleh peminat seperti gelecikan dan rembatan-rembatan lencong yang menuju ke penjuru gol.

Itulah keistimewaan Safawi yang amat dirindui peminat-peminat bola selak negara. Jika prestasi pemain kelahiran Dugun, Terengganu itu terus kekal dan diberikan banyak peluang bermain, sudah tentu ia akan terus meningkatkan prestasi Safawi.

Untuk memastikan itu, kita sama-sama perlu terus memberi sokongan kepada Safawi untuk dia terus bersemangat dalam meningkatkan prestasinya sehinga kemuncak sebelum pusingan akhir Piala Asia di Qatar nanti.