Perlawanan persahabatan pramusim Agarbomb Performance Cup 2024 diantara Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.

Jaringan Skuad Penyu hadir menerusi pemain import Ismaheel Akinade, manakala KDA pula melalui Akmal dan satu lagi pertembungan menyaksikan Terengganu II menewaskan Penang FC 4-2.



Turut mencuri tumpuan adalah kehadiran ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, bersama barisan kejurulatihannya yang hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut.