Perak melakar kemenangan menewaskan Penang 2-1 dalam perlawanan pramusim yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang sebentar tadi.

Jaringan Perak hadir melalui Firdaus Saiyadi pada minit ke-34 dan Clayton Da Silva pada minit ke-83 manakala jaringan sulung Penang menerusi Rafael Vitor pada minit ke-62.





Perlawanan tersebut juga adalah untuk menguji penggunaan sistem Bantuan Video Pengadil (VAR) yang akan digunakan dalam saingan Liga Super Malaysia 2024/2025 minggu depan.