Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam kempen pramusim di Alicante, Sepanyol, dengan kemenangan besar 7-0 ke atas Club Costa City.

Dalam pertemuan di Stadium Olimpik Camilo Cano pada awal pagi tadi itu, Harimau Selatan tidak perlu lama untuk merobek gawang lawan menerusi Ramadhan Saifullah dan Nazmi Faiz Mansor seawal minit ke-6 dan 10.

Selepas itu mereka menunggu lebih sejam permainan untuk memulakan pesta jaringan yang menyaksikan G. Pavithran Gabriel Nistelrooy turut muncul selaku penjaring.