VANNES 0 PSG 4

Mauricio Pochettino memyanjungi sikap profesionalisme yang dipamerkan Paris Saint-Germain (PSG) dalam kemenangan Coupe de France ke atas Vannes.


Penyandang juara itu meneruskan misi mempertahankan gelaran dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas pasukan divisyen empat berkenaan di Stade de la Rabine, awal pagi tadi.

Kylian Mbappe meledak hatrik dalam separuh masa kedua -- termasuk jaringannya yang ke-150 buat jaguh Ligue 1 itu -- selepas Presnel Kimpembe memecah kebuntuan pada minit ke-28.

PSG kini telah melakar tujuh jaringan tanpa dibolosi dalam dua perlawanan pembukaan kejohanan itu musim ini.

Mbappe dan Kimpembe merupakan antara segelintir pemain senior yang tampil ketika Pochettino mahu memberi kesempatan kepada remaja bagi menimba pengalaman.





Pengurus tersebut menekankan kepentingan untuk memberi pendedahan kepada pemain mudanya dan dalam wawancara bersama Eurosport itu, dia berkata: "Hormat sentiasa menjadi pegangan paling penting, itulah yang saya beritahu pemain.

“Kami cukup profesional, saya sangat gembira dengan prestasi pasukan ini.

“Matlamatnya adalah untuk layak ke pusingan seterusnya dan ia sudah selesai.

“Kami mempunyai akademi yang luar biasa, adalah penting untuk mereka berada di atas padang dan mengambil bahagian dalam pengembaraan pasukan utama.

“Kami mempunyai pemain yang sangat bagus, adalah penting buat kelab memiliki kumpulan pemain ini.

"Kami akan cuba menyandarkan harapan kepada mereka, memberikan mereka peluang beraksi."