Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, ketika ditemui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata kelab itu berharap hukuman yang akan dikenakan itu tidak akan membebankan pasukan mereka.
Terdahulu, Selangor memilih untuk tidak hadir ke Perlawanan Sumbangsih atas faktor keselamatan susulan insiden bintang utama mereka, Faisal Halim, disimbah asid.
Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.
Selangor akur apa sahaja keputusan MFL tapi janganlah terlalu membebankan pasukan. - DS Shahril Mokhtar susulan Selangor tarik diri Perlawanan Sumbangsih. @ASTROARENA pic.twitter.com/mfpbm9ggd1
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 10, 2024