Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia : Selangor terus gagal, Terengganu terus mara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-terengganu-piala-malaysia.jpeg
Bermain di laman sendiri masih tidak menjamin Selangor untuk mengulangi kejayaan musim lalu dalam saingan Piala Malaysia apabila tidak layak ke separuh akhir musim ini setelah tewas dengan aggregate 1-3 kepada Terengganu. 

Ini sudah pasti akan memberikan sedikit tekanan kepada Tan Cheng Hoe apabila harapan yang tinggi daripada penyokong-penyokong The Red Giants untuk melihat pasukan kesayangan mereka terus melakar sejarah dalam Piala Malaysia bagi mengejar misi ke 34 menjulang piala yang tertua dipertandingkan di Asia.

Walaupun pelbagai perancangan yang telah di buat dalam menghadapi Sang Penyu pada pusingan kedua, namun penyerang-penyerang import The Reds Giants, yang diketuai Richmond Boakye, masih tidak dapat menembusi beteng pertahanan pemain-pemain tempatan yang diberikan kepercayaan oleh Tomislav Steinbruckner. Itulah yang menjadi persoalannya, di manakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pemain-pemain import ini dalam keadaan Selangor yang memerlukan kemenangan?

Apa yang dapat dilihat, pemain-pemain import di bahagian penyerang dan midfield Selangor tidak mempunyai kepantasan yang mana boleh memberi tekanan kepada pertahanan, baik ketika mempunyai bola atau pun tidak. 

Ia tidak seperti Terengganu, yang mempunyai Nurillo Tukhtasinov dan Sony Norde, yang bijak mengunakan kepatasannya dan skil individu untuk memperdayakan midfield serta pertahanan Selangor sementara Ivan Mamut juga banyak mengunakan kepantasan lariannya dan ketinggian yang dimiliki untuk memperdayakan lawan dan hasilnya berjaya mendapatkan sepakan penalti untuk Sang Penyu.

Atas faktor ketiadaan pemain import yang lincah daripada segi larian, itu merupakan salah satu sebab The Red Giants gagal untuk terus berada dalam empat pasukan terbaik dalam saingan Piala Malaysia. 

Ini perlu diambil perhatian oleh pengurusan Selangor agar dapat mengambil pemain-pemain import yang sesuai dengan falsafah bola sepak kelab dan dapat memberi kepercayaan kepada jurulatih untuk memilih pemain-pemain import yang mana mengikut perancangannya selain perlu mewujudkan pasukan ‘scout’ untuk dapat menilai dengan tepat pemain yang punya potensi untuk membantu kejayaan pasukan.

 

Advertisement

Must Watch Video