Kuala Lumpur City 0 Terengganu 1

Enam gol daripada tiga perlawanan membuktikan ketajaman Kpah Sherman dalam Piala Malaysia musim ini.


Penyerang import dari Liberia itu muncul wira finalis Piala FA 2022 berkenaan apabila menyumbat jaringan kemenangan dalam suku akhir pertama bertemu Kuala Lumpur City di Cheras, sebentar tadi.

Sekali lagi gol awal menjadi resepi kejayaan kelab yang diterajui Nafuzi Zain itu apabila berhasil merobek gawang pada minit ke-12??.

Kuala Lumpur City seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana gagal mengambil peluang daripada kepincangan pelawat yang menghabiskan permainan dengan 10 orang selepas penjaga gol, Suhaimi Husin, bertindak panik dengan menjatuhkan Romel Morales di luar kotak penalti sebaik melepasi usia sejam permainan.

Situasi itu memaksa Sang Penyu berusaha keras mengekang tekanan yang diberikan skuad Warga Kota tersebut di penghujung permainan -- tambahan masa tujuh minit diberikan -- bagi membawa peluang bekalan tipis ke Kuala Terengganu, Sabtu depan.




Sementara itu, Selangor mungkin mula boleh berkira-kira ke pusingan seterusnya selepas menjamin kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan.

Perhitungan di Stadium MBPJ ini turut berakhir dengan satu drama layangan kad merah.

Pertahanan Hobin Jang Hobin, Herold COulon, dibuang padang berikutan kekasaran ke atas Shahrul Nazeem Zulpakar akibat kelekaannya sendiri malah menghadiahkan sepakan penalti yang kemudian disudahkan oleh Herlison Caion.

Sehubungan itu, ia menyempitkan ruang Negeri Sembilan untuk bangkit apabila Selangor makin rancak menyusun asakan.

Dan tonggak muda, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, menambah lagi sengsara barisan kendalian K Devan itu dengan melepaskan rembatan untuk gol kedua Gergasi Merah pada masa kecederaan.