LIVERPOOL 2 NORWICH 1

Jurgen Klopp memuji prestasi Takumi Minamino dalam kemenangan Piala FA 2-1 Liverpool ke atas Norwich City di Anfield, awal pagi tadi, apabila melabel pemain tengah itu memperagakan permainan terbaiknya bersama kelab berkenaan.


Minamino menyumbangkan kedua-dua gol sebelum rehat untuk membantu The Reds mara ke suku akhir kejohanan itu buat pertama kali sejak Klopp mengambil alih jawatan pengurus pada 2015.

Pemain antarabangsa Jepun itu telah meledak tiga gol dalam Piala FA musim ini dan sedang dalam rentak terbaik apabila menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan selepas memacu pasukannya menjulang Piala Liga Inggeris (EFL), Isnin lalu.

Klopp mengakui kelibat pemain berusia 27 tahun itu penting buat pasukannya dengan memberitahu ITV Sport: "Taki merupakan seorang pemain yang luar biasa -- malam ini pastinya dia telah mempamerkan permainan terbaiknya untuk kami.




"Dia beraksi dengan hebat dan sentiasa memberi ancaman dan mengekalkan penguasaan bola. Saya sangat gembira dengannya.

"Tanpa dia. kami tidak akan berada ke suku akhir dan kami tidak akan berada dalam final Piala EFL."

Norwich cuba merapaktkan jurang menerusi sentuhan berbisa Lukas Rupp dalam separuh masa kedua tetapi ia masih cukup untuk mengekang kemaraan Liverpool.