Hasrat untuk melihat Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke final Piala FA bersama jurulatih baru, Hector Bidoglio, jadi realiti apabila Penang FC tumbang di Stadium Sultan Ismail, sebentar tadi.

Permainan pada awalnya terlihat seimbang namun sebaik gol pembukaan berjaya direkodkan pada minit ke-19, segalanya seakan berada didalam kawalan tuan rumah.

Menariknya, percubaan Fernando Forestieri yang terkena tiang gol bukan halangan kerana Bergson Da Silva sudah bersedia melunaskan peluang kedua untuk JDT 1-0.

Kelewatan anak buah Datuk Zainal Abidin Hasan, untuk bangkit memberikan bantuan di antara satu sama lain sekali lagi membawa padah, hantaran Arif Aiman Hanafi ke dalam kotak penalti membuka ruang untuk Forestieri pula meledak gol pada minit ke-24, juga yang keenam peribadi musim ini.

Penang berusaha menghadirkan tentangan namun kelicikan JDT terus mengawal padang, menyaksikan gol ketiga pantas dijelmakan sebaik babak kedua bersambung -- kali ini giliran Forestieri yang melakukan hantaran kepada Arif Aiman.

Tiga minit kemudian, Arif Aiman sekali lagi menyempurnakan peluang terhidang untuk jdt selesa 4-0 masuk minit ke-51.

Dalam gempita penyokong tuan rumah, entah dari mana Lucas Da Silva tampil memecah kebuntuan Penang FC dengan jaringan sulung yang menewaskan Farizal Marlias.

Namun ternyata malam yang penuh gemilang buat Arif Aiman, dalam sudut sukar, peluang yang diperoleh dari Bergson berjaya dilunaskan untuk hatriknya yang menjadikan kedudukan 5-1 pada minit 62.

Dan menuju pemanat, Stadium Sultan Ismail sekali lagi bergemuruh apabila JDT berjaya gol keenam perlawanan melalui penyudah Syahmi Safari.

JDT bakal ke final dan menanti mereka antara Terengganu FC atau Selangor FC yang bakal membuat perhitungan esok di Kuala Terengganu.