Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez, mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan peranan sebagai sebahagian daripada barisan belakang tadbir Brazil menjelang Piala Dunia di Qatar, tetapi menolaknya dalam usaha mengintai posisi di The Blaugrana.

Bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu dilantik untuk menggantikan Ronald Koeman di Camp Nou tahun lalu dan mula membantu memulihkan nasib pasukan di Catalan berkenaan sejak ketibaannya.

Walaupun pasukannya tergelincir ke Liga Europa untuk musim kedua berturut-turut, mereka kekal berdaya saing dalam saingan domestik apabila menduduki dua mata di depan seteru utama, Real Madrid, sepanjang kempen Piala Dunia ini.

Xavi mendedahkan dia sempat dikunjungi Presiden Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF), Rogerio Caboclo, mengenai peranan bersama skuad Samba itu ketika mengendalikan Al Sadd, tetapi dia menolak tawaran berkenaan sebelum minat Barca hadir.

"Peluang itu hadir melalui presiden CBF," katanya kepada ESPN.



“Mereka datang ke Qatar dan mereka bercakap dengan saya serta bertanyakan sama ada saya berminat menjadi sebahagian daripada kakitangan Tite.

"Tetapi saya mahu menjadi jurulatih, bukan pembantu. Keinginan saya adalah untuk menjadi jurulatih.

“Ia akan menjadi satu peluang yang luar biasa -- ia adalah peluang untuk mencipta sejarah, menjadi orang Eropah pertama yang bekerja dengan pasukan kebangsaan Brazil.

"Tetapi, pada masa itu, ia tidak menjadi kenyataan. Jelas sekali saya mahu menjadi pengurus Barcelona, ​​​​ia adalah impian saya dan inilah saya."