Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Qatar: Stefan Effenburg belum sedia terima tawaran Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

effenberg.jpg
Stefan Effenburg menolak peluang untuk menggantikan Oliver Bierhoff sebagai pengarah teknikal Jerman dengan menegaskan bahawa dia belum bersedia.

Bierhoff bertindak meninggalkan peranannya selama 18 tahun bersama Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) berikutan kegagalan kedua berturut-turut Die Nationalmannschaft di peringkat kumpulan Piala Dunia.

Philipp Lahm -- kapten Jerman yang memenangi kejuaraan itu pada 2014 -- dan Dietmar Hamann antara beberapa bekas pemain yang menuntut rombakan besar-besaran dalam bola sepak Jerman di sebalik ketua jurulatih, Hansi Flick, akan terus diberi kepercayaan. 

Mengenai kekosongan jawatan itu, Presiden DFB, Bernd Neuendorf, berkata akan berunding terlebih dahulu dengan jawatankuasa struktur pembangunan DFB sebelum memuktamadkan sebarang keputusan."





Bekas pemain tengah, Bastian Schweinsteiger, pula mencadangkan Effenburg -– ketua pasukan Bayern Munich yang menjuarai Liga Juara-Juara pada 2001 -- termasuk Michael Ballack sebagai calon berpotensi untuk mengisi jawatan itu, memberitahu ARD: "Mereka adalah individu yang benar-benar mampu menggalas tugasan tersebut".

Tetapi walaupun pernah memegang jawatan yang sama di KFC Uerdingen, Effenberg, 54, menegaskan dia cukup selesa dalam peranannya sebagai duta jenama di Bayern sambil berkhidmat sebagai kolumnis dan pakar di televisyen.

"Adalah jelas bahawa banyak nama disebut. Nama saya juga disebut-sebut jadi ia satu penghormatan buat saya," katanya kepada Sport1.

"(Kerja duta dan media) sesuai buat saya dan itulah yang saya mahu terus tumpukan.

"Jadi saya tidak akan menghantar permohonan kepada DFB. Saya belum tersedia."

Advertisement

Must Watch Video