Luis Enrique menyifatkan kebolehan Gavi sebagai pemain luar biasa berikutan penampilan cemerlangnya dalam Piala Dunia bersama Sepanyol.

Pemain remaja Barcelona itu turun buat julung kalinya dalam kejohanan utamanya dengan menjaringkan gol menerusi rembatan voli ketika pasukan kendalian Luis Enrique tersebut membelasah Costa Rica 7-0 semalam untuk diangkat sebagai penjaring termuda ketiga dalam sejarah Piala Dunia.

Selepas legenda Brazil, Pele, melakukannya pada 1958 (17 tahun, 239 hari) dan Manuel Rosas dari Mexico pada 1930 (18 tahun, 93 hari), Gavi pula sebaliknya membuat kemunculan pada usia 18 tahun dan 110 hari.





Ditanya tentang kebolehan Gavi dalam siaran langsung di Twitch awal pagi tadi, Luis Enrique berkata: "Ia bukan perkara biasa, ia sesuatu yang luar biasa.

“Kita semua sedar betapa sukarnya untuk melakukannya pada usia sepertinya.

"Dia mempunyai penghayatan pertahanan yang baik.

"Mengawal tenaganya adalah salah satu perkara yang sedang dipertingkatkan oleh Gavi. Semoga dorongan ini dapat membantunya memenangi banyak bola."