Gavi menjadi penjaring gol termuda Sepanyol di kejohanan utama ketika La Roja merakamkan kemenangan 7-0 ke atas Costa Rica dalam aksi pembukaan Piala Dunia Qatar dengan penuh bergaya.

Pencabaran Kumpulan E, Jerman, mengalami kekalaha mengejut 2-1 kepada Jepun semalam, tetapi Sepanyol kelihatan tidak berdepan sebarang masalah apabila Dani Olmo membuka jaringan pada minit ke-11.

Ia merupakan gol Sepanyol yang ke-100 di Piala Dunia dan dua lagi gol terhasil dalam tempoh 31 minit menerusi percubaan Marco Asensio sepakan penalti Ferran Torres.

Torres menggandakan jaringan peribadi di awal separuh masa kedua sebelum Gavi menyempurnakan rembatan voli, dan dua lagi jaringan dilengkapkan oleh Carlos Soler dan Alvaro Morata sekaligus memberikan permulaan cemerlang buat skuad kendalian Luis Enrique.