Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman England, Wayne Rooney, berharap Harry Kane memecahkan rekodnya ketika Piala Dunia Qatar nanti.

Kane menuju ke kejohanan itu dengan 51 gol untuk Three Lions, ketinggalan dua di belakang rekod Rooney, hanya dua pemain itu berjaya menghasilkan lebih 50 gol untuk skuad kebangsaan.

Selepas menjaringkan enam kali di Russia empat tahun lalu untuk memenangi Kasut Emas, Kane yakin untuk mengatasi rekod Rooney di Qatar.

Sementara ada yang mungkin ingin mengekalkan rekod sedemikian, Rooney memberikan sokongan sepenuhnya kepada Kane kerana percaya rekod adalah untuk dipecahkan.

"Saya gembira untuk Kane, saya fikir dia akan meneruskan dan memecahkan rekod, saya fikir dia akan berakhir dengan 70 gol," kata Ronney kepada TalkSPORT.

"Dia layak untuk apa yang telah dia usahakan. Ia adalah satu penghormatan besar untuk memegang rekod itu tetapi rekod ada untuk dipecahkan dan saya tidak dapat memikirkan sesiapa yang lebih baik untuk mengambil rekod itu.

"Mudah-mudahan, dia dapat memecahkannya ketika Piala Dunia ini kerana ia cukup bermakna bermain dengan baik untuk England."


"Harry telah beraksi dengan baik dalam dua kejohanan terakhir. Semasa saya berada dalam skuad, Gareth mengulangi kepada saya bahawa dia memilih pemain dalam prestasi yang terbaik.

“Terdapat beberapa pemain dalam skuad yang belum bermain tetapi saya fikir Harry seorang profesional yang sangat baik, dia akan memulakan perlawanan, saya tidak meraguinya dan saya pasti dia tidak akan mengecewakan England."