Rodrygo Goes cuba mengambil tuah daripada aura juara Piala Dunia 2022, Ronaldo, dan dia pastinya berharap untuk meneruskan momentumnya dalam Piala Dunia 2022 bersama skuad Brazil walaupun perlu bermula di bangku simpanan.

Skuad Samba di laluan tepat untuk mengesahkan label sebagai calon juara walaupun bergelut tanpa kelibat Neymar untuk menjamin tiket ke peringkat kalah mati dan terpaksa menanti hingga minit ke-83 menerusi jaringan tunggal Casemiro untuk melakar kemenangan kedua dalam Kumpulan G, awal pagi tadi.

Dan tonggak Real Madrid berusia 21 tahun itu kemudian dijemput untuk menjadi tetamu kepada satu temu bual eksklusif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dihoskan oleh legenda Brazil, Ronaldo.




Ketika mengakhiri wawancara singkat di Stadium 974, Qatar itu, Rodrygo mengundang kelucuan ramai kerana sebaik mereka bersalaman untuk angkat kaki, sambil bangun dari kerusinya Rodrygo sempat mengusap kaki 'Sang Fenonema' dengan harapan untuk mendapatkan sedikit magis.

Ronaldo hanya mampu ketawa dengan gelagat sedemikian dan skuad Brazil sememangnya tidak asing lagi dengan gaya santai mereka dalam sesebuah kejohanan.