Lionel Messi mendakwa pengendali Belanda, Louis van Gaal, tidak memiliki rasa hormat sebelum Argentina menamatkan perjalanan Belanda dalam aksi suku akhir Piala Dunia Qatar.

Van Gaal, mengingati pertembungan separuh akhir 2014 di antara kedua-dua pasukan, berkata sebelum perlawanan awal pagi tadi, "Lapan tahun lalu di Piala Dunia Brazil, kami berjaya mengekang Messi. Dia tidak menyentuh bola langsung."

Komen itu mungkin menjadi salah satu isu yang tidak disenangi Messi, manakala turut memberikan cadangan Belanda berpotensi untuk menang jika perlawanan itu berakhir dengan penentuan sepakan penalti.


Perlawanan di antara kedua-dua pasukan itu pada 2014 berakhir tanpa jaringan, dengan Argentina menang menerusi sepakan penalti sebelum tewas kepada Jerman pada perlawanan akhir, tetapi kali ini Belanda sepatutnya menggunakan peluang itu untuk membalas dendam.

Bagaimanapun, aksi di Stadium Lusail berakhir dengan penentuan sepakan penalti, dan Argentina menang sekali lagi untuk menempah separuh akhir menentang Croatia.

Messi mencetus inspirasi Argentina apabila membantu pasukan mendahului 2-0 sebelum Belanda mendapatkan dua jaringan di penghujung permainan.

Dipetik ESPN, Messi berkata, "Saya berasa tidak dihormati oleh Van Gaal selepas komen sebelum perlawanannya dan beberapa pemain Belanda bercakap terlalu banyak semasa perlawanan.

"Van Gaal menyatakan bahawa dia menghadirkan bola sepak yang baik dan kemudian dia mula meletakkan pemain di dalam kotak penalti untuk menerima hantaran jauh. Kami berhak untuk menang dan itulah yang berlaku."

Laporan juga mencadangkan bahawa Messi mendekati Van Gaal dan penolong jurulatih Belanda Edgar Davids selepas perlawanan, dia berkata kepada pengendali Belanda itu terlalu banyak bercakap.