Gareth Southgate berkata Harry Maguire adalah salah seorang 'pertahanan tengah terbaik' England selepas pemain pertahanan itu tersenarai da;a, skuad Piala Dunia Qatar 2022 Three Lions.

Kapten Manchester United itu akan menuju ke kejohanan utama ketiganya bersama pasukan kebangsaan, selepas Russia 2018 dan Euro 2020, walaupun bergelut untuk minit permaina di peringkat kelab.

Salah seorang daripada 12 pemain yang dikekalkan daripada skuad yang mara ke separuh akhir empat tahun lalu, Maguire telah menjadi pemain tetap England di bawah kendalian Southgate.

Pengalaman beraksi di peringkat kalah mati kejohanan utama menjadi faktor dia kekal dalam skuad England walaupun gagal menyerlah bersama United, dan dia telah menerima sokongan padu daripada Southgate.

"Dia adalah salah seorang bek tengah terbaik kami," katanya. “Saya berpendapat, kami mempunyai ramai pemain yang pernah ke kejohanan utama, telah beraksi dalam perlawanan penting serta mengetahui apa yang diperlukan.

"Kami mempunyai pemain lain yang bermain dengan baik, yang berada dalam prestasi yang betul pada masa ini, dan kami perlu mengimbangi semua itu ketika memilih pasukan kami."


Pemilihan Maguire sudah dijangka tetapi tetap menimbulkan persoalan di tengah-tengah prestasi pemain muda, seperti Fikayo Tomori dari Milan dan Marc Guehi dari Crystal Palace.

Southgate mencadangkan bahawa, walaupun peluang terhad untuk Maguire, saingan pemain muda tidak cukup untuk menghilangkan kepercayaannya terhadap Maguire dan yang lain, seperti pemain pinjaman Everton, Conor Coady.

"Kami telah memilih pertahanan kami yang lebih berpengalaman," tambahnya. "Buat masa ini, mereka yang lebih muda mempunyai beberapa kualiti yang sangat baik.

"Tetapi kami tidak fikir mereka telah melakukan yang secukupnya untuk mengatasi pemain yang lebih berpengalaman. Dengan kejohanan yang akan kami hadapi dan tahap perlawanan dalam Piala Dunia nanti, pengalaman menjadi pilihan utama."