Ketua jurulatih Ghana, Otto Addo, berang dengan keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Portugal dalam kemenangan Piala Dunia Qatar 2022 yang mendebarkan ke atas The Black Stars, sebentar tadi.

Addo lantang bersuara: "Saya tidak tahu sama ada (video bantuan pengadil) VAR tidak memberi perhatian".

Cristiano Ronaldo muncul pemain pertama yang menyumbat gol dalam lima edisi Piala Dunia ketika membuka jaringan dari menerusi sepakan penalti di Stadium 974 yang menyaksikan juara Eropah 2016 itu menang 3-2.

Ghana, bagaimanapun, berasakan keputusan pengadil, Ismail Elfath, untuk memberikan sepakan penalti adalah tidak tepat dan percaya Mohammed Salisu memenangi bola atas cabarannya ke atas pemilik lima Ballon d'Or lima kali.

Addo mengecam prestasi Elfath sambil mendedahkan dia telah dinafikan peluang untuk bercakap dengan pengadil susulan kekalahan Ghana.

Ditanya sama ada Ronaldo meraih manfaat daripada keputusan yang menggalakkan, Addo berkata: "Saya rasa anda perlu bertanya kepada pengadil. Saya tidak mempunyai bukti mengenainya tetapi kami bermain bola sepakan dan berlaku pertembungan pemain.

“Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan, saya tidak pasti adakah VAR tidak memberi perhatian.


"Berdasarkan pengamatan saya mengenai detik itu, ia luar biasa. Jika anda melihat ulangannya, kami menyentuh bola. Ia sebaliknya satu kekasaran terhadap kami.

"Perlawanan ini rancak, kami membuat beberapa kesilapan hingga dibolosi gol kedua dan ketiga, kami terdedah dan mereka melepasinya. Ia agak malang.

"Jika nasib menyebelahi kami, kami patut mengutip satu mata. Pengadil tidak memihak kepada kami. Pada pandangan saya, kami layak menerima kad kuning, tetapi bagi saya memegang jersi juga adalah kad kuning. Saya tidak tahu kesalahannya di sudut mana jadi pengadil langsung tidak memihak kami.

“Saya sempat meminta kebenaran daripada beberapa pegawai (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) FIFA andai saya boleh bercakap secara ringkas dengan pengadil secara tenang, tetapi mereka berkata dia sedang bermesyuarat dan ia tidak mungkin berlaku.

"Saya fikir mereka mempunyai analisis perlawanan, jadi ia adalah satu kebenaran tetapi pastinya pengadil patut meluangkan masa selama beberapa minit untuk jurulatih."

Pertahanan Ghana, Tariq Lamptey, pula berkata: "Saya rasa anda menyaksikannya. Anda boleh memberi pendapat anda sendiri."

Wakil Afrika itu tewas dalam tiga edisi pembukaan Piala Dunia daripada empat penyertaan mereka tetapi Lamptey percaya terdapat banyak perkara positif untuk dikutip.