BELANDA 2 ARGENTINA 2
(Argentina layak ke separuh akhir menerusi penentuan sepakan penalti 4-3)


Emiliano Martinez muncul wira Argentina ketika menewaskan Belanda dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.

Penjaga gol La Albicelete itu cemerlang menguis tendangan Virgil van Dijk dan Steven Berghuis sebelum Lautaro Martinez memastikan kejayaan Argentina menempah pertemuan dengan Croatia dalam separuh akhir.


Lionel Messi kelihatan hampir membantu Argentina memuktamadkan kemaraan mereka lebih awal apabila menghasilkan umpanan gol buat Nahuel Molina sebelum melebarkan jaringan menerusi tendangan penalti untuk jaringan ke-10 di pentas itu.

Tetapi dua gol lewat oleh pemain gantian skuad Oranje, Wout Weghorst, melanjutkan permainan melebihi 90 minit dengan 15 kad kuning mewarnai kerancakan perlawanan.