Hwang Hee-chan menjaringkan gol dramatik pada minit ke-91 ketika Korea Selatan bangkit daripada ketinggalan untuk memperoleh kemenangan 2-1 ke atas Portugal, mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar buat pertama kali sejak 2010.

Pengurus Korea Selatan, Paulo Bento, dilayangkan kad merah ketika perlawanan terakhir bertemu Ghana, bermakna bekas pemain Portugal dan pengurus itu tidak berada bersama pasukannya yang memerlukan kemenangan. Bagaimanapun, ia merupakan aksi ulangan dalam penampilan terakhir Bento apabila berdepan Korea ketika Portugal tersingkir daripada Piala Dunia 2002. Namun, perkara itu tidak berlaku kali ini, ketika Fernando Santos melakukan rombakan dalam pasukannya, dan hanya memerlukan satu mata untuk kekal sebagai juara Kumpulan H.

Pasukan kendalian Santos tidak membuang masa untuk membuka jaringan, mendahului kurang daripada lima minit waktu permainan, Diogo Dalot melepaskan hantaran silang yang berjaya ditampan Ricardo Horta untuk menjaringkan gol pertamanya di pentas antarabangsa.

Korea Selatan perlu menghadirkan jaringan, dan mereka berjaya melakukannya menerusi Kim Jin-su namun dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid. Mereka mengulangi situasi sama kali ini menerusi Kim Young-gwon yang berjaya mengatasi Diogo Costa untuk menyamakan kedudukan.

Ketika kedudukan terikat 1-1, perlawanan memihak Portugal yang melancarkan serangan demi serangan, penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu, memainkan peranan menafikan percubaan daripada Dalot dan Vitinha.

Korea berada di kedudukan tercorot Kumpulan H apabila Uruguay mendahului 2-0 ke atas Ghana, deretan peluang yang gagal dihasilkan menyaksikan Korea mula menghadirkan keyakinan buat peluang mereka ke pusingan kalah mati. Ketika perlawanan melewati masa kecederaan, mereka melancarkan serangan balas yang digerakkan oleh Son Heung-min sebelum melakukan lorongan bijak kepada pemain gantian Hwang Hee-chan yang tidak melepaskan peluang untuk meledak gol kedua pasukan.

The Taegeuk Warriors mara berdasarkan perbezaan jaringan apabila Uruguay gagal mendapatkan gol ketiga bertemu Ghana, dan mereka bakal berdepan pemenang daripada Kumpulan G (Brazil atau Switzerland) dalam pusingan 16.