Pengurus Serbia, Dragan Stojkovic, berkata Aleksandar Mitrovic tidak mungkin akan terlepas Piala Dunia biarpun pemain itu terpaksa pergi ke Qatar dengan keadaan kudung.

Mitrovic mencuri perhatian bersama Fulham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila meledak sembilan gol dalam 12 perlawanan tetapi terlepas dua perlawanan terakhir akibat kecederaan kaki.

Pengurus Fulham, Marco Silva, berkata khidmat pemain antarabangsa Serbia itu untuk Piala Dunia mungkin diragui sebelum kekalahan 1-2 kepada Manchester United, semalam.

Walaupun Silva mengakui gusar dengan peluang Mitrovic dalam Piala Dunia, Stojkovic mengulangi pendiriannya sambil mencadangkan penyerang Fulham itu akan tetap diturunkan dengan sebelah kaki.

“Mitrovic akan menyertai Piala Dunia tanpa kaki, sungguhpun kami memenggal kepalanya -— dia tetap akan pergi,” katanya.

“Kami mempunyai masa hingga malam ini untuk membuat rombakan tetapi saya amat meragui bahawa terhadap sebarang perubahan.



"Mereka menjalani latihan hari ini. Berdasarkan tingkah laku, persembahan dan tahap kecederaan yang dialaminya, dia merayu untuk bermain."

Stojkovic kekal yakin pemain berusia 28 tahun itu akan cergas untuk perlawanan pembukaan Kumpulan G berdepan Brazil pada 24 November ini di samping penggempur Juventus, Dusan Vlahovic, yang turut diketepikan kerana masalah pangkal paha.

Stojkovic berkata: "Saya tidak suka apabila pemain saya tidak bermain kerana kecederaan.
Jelas sekali mereka sudah lama berada di luar pasukan dan ada baiknya saya menaruh keyakinan mereka akan bersedia.

"Timbul beberapa masalah kecil tetapi masih ada tempoh yang panjang sebelum kami mengadakan perlawanan dengan Brazil, aksi pemanas badan bertemu Bahrain (Jumaat ini) tidak penting bagi kami."