Julian Nagelsmann mengesahkan Bayern Munich akan turun tanpa Robert Lewandowski dan Manuel Neuer sempena pertembungan DFB-Pokal dengan Bremer, awal pagi esok.

Pengurus itu akan menggilirkan pemainnya ketika Bayern menentang pasukan divisyen kelima itu di Weserstadion Werder Bremen.

Jaguh Bundesliga liga itu berhasrat merampas trofi berkenaan selepas dikejutkan Holstein Kiel dalam pusingan kedua musim lalu.

Nagelsmann belum kalah sejak mengemudi Bayern dalam musim baru ini; Bayern meraih empat mata daripada dua perlawanan pembukaan liga selain di laluan mengekalkan Piala Super Jerman berikutan kemenangan 3-1 ke atas Borussia Dortmund, minggu lalu.

Pengurus itu mendedahkan bahawa dia bercadang merehatkan beberapa tonggak seniornya menjelang perjalanan mereka ke Bremen.

"Manuel Neuer akan direhatkan memandangkan kakinya terasa berat seperti yang dijangkakan," katanya.

"Dia tidak akan terpilih untuk mengikuti rombongan kami.

"Robert Lewandowski juga akan terlepas perlawanan ini dan akan melakukan latihan intensif di pangkalan latihan. Hal yang sama berlaku untuk Leon Goretzka.

"Bagi Bremer, ini adalah peluang seumur hidup. Pada akhirnya, hakikatnya kami perlu dan ingin menang, ini bermaksud kami harus terus fokus terhadap tugas yang ada."

Nagelsmann bakal menagih khidmat Lucas Hernandez yang kembali menjalani latihan berpasukan semalam.

Pemain antarabangsa Perancis itu menjalani pembedahan meniskus di lututnya pada awal Julai lalu untuk terlepas tiga perlawanan pertama Bayern musim ini.