Pertahanan negara, Khuzaimi Piee, lega Qatar dipilih sebagai pasukan tuan rumah untuk penganjuran Piala Asia 2023.

Dengan kelebihan fasiliti beserta keadaan padang yang sempurna, Khuzaimi berani memberikan jaminan, Malaysia bakal tampil dengan mutu aksi terbaik bagi era Kim Pan-gon.

Ia bukan tugasan mudah di pentas Asia, namun andai Malaysia layak berada dalam kelompok 16 terbaik itu sudah berbaloi untuk dianggap sebagai pencapaian sempurna.

"Saya berharap pemain yang beraksi di Piala Asia akan memberikan yang terbaik kerana lawan yang hadir memiliki kredibiliti tersendiri," kata Khuzaimi.

"Pada pandangan saya, lawan yang perlu kami hadapi nanti bukan penghalang buat Malaysia memberikan yang terbaik serta cuba untuk mara ke peringkat kalah mati."