Jurulatih skuad B17 negara, Osmera Omaro, menyatakan pasukannya bakal berkelana ke Qatar sebagai salah satu persiapan menghadapi Kejohanan Piala Asia B17 Jun ini.

Osmera menjelaskan bahawa skuad negara bakal beraksi dalam tiga atau empat perlawanan persahabatan menentang kelab-kelab profesional Qatar sebagai persediaan barisan pemain untuk menghadapi kejohanan tersebut.

"Kami sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan selepas tamat undian, kami kelihatan berpeluang untuk mara ke peringkat kalah mati," katanya.

"Sememangnya, kami yakin mampu menghadirkan saingan yang baik kepada semua pasukan walaupun berdepan tuan rumah, walaupun mereka mempunyai kelebihan saya yakin pasukan mampu menghadirkan cabaran.

"Sebagai persiapan, kami akan menjalani perlawanan di Jepun sebelum ke Qatar untuk menghadapi beberapa perlawanan di sana sebelum membuat persiapan terakhir di negara Asia Tenggara."

Malaysia diundi bersama Laos, Yemen dan tuan rumah Thailand.