Perjalanan Indonesia disekat Uzbekistan dalam saingan peringkat separuh akhir Piala Asia B-23 Qatar selepas tewas 2-0 di Stadium Abdullah Bin Khalifa, sebentar tadi.

Jaringan pertama Uzbekistan hadir dalam separuh masa kedua pada minit ke-68 menerusi pemain penyerang, Khusayin Norchaev.

Indonesia terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan tengah Rizky Ridho dilayangkan kad merah pada minit ke 84.

Selang dua minit kesilapan penjaga gawang Garuda Muda yang tertampar bola masuk ke gawang sendiri memberikan Uzbekistan kelebihan berganda untuk melayakkan diri ke pentas akhir sekaligus berjaya menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Begitupun, peluang Indonesia untuk mara ke Sukan Olimpik masih menyala sekiranya berjaya mendapat tempat ketiga dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat sama ada bertemu Jepun ataupun Iraq nanti.