Selepas selesa menundukkan Iran pada perlawanan pertama tempoh hari, skuad Gajah Perang itu telah tewas dengan jaringan yang besar dengan Arab Saudi dalam aksi Piala Asia B-23 semalam.
Segala perancangan dari anak buah Issara Sritaro, seakan tidak membuahkan hasil apabila Arab Saudi mudah mengatur serangan dan mengambil peluang daripada kealpaan pertahanan pasukan Thailand.
#ChangsuekUpdate Full Time หมดเวลาการเเข่งขัน #AFCU23 2024 รอบแบ่งกลุ่ม กลุ่ม ซี นัดสอง
— Changsuek - ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) April 19, 2024
?? ทีมชาติไทย 0-5 ทีมชาติซาอุดีอาระเบีย ??
? คอลิฟา อินเตอร์เนชันแนล สเตเดียม#U23ล่าตั๋วไปโอลิมปิก #เชียร์ไทยให้ไกลถึงกาตาร์ #ChangsuekRiseUp pic.twitter.com/vjirEClfCi
Arab Saudi memulakan pesta jaringan seawal minit keempat permainan menerusi Aymen Ahmed selepas menyudahkan hantaran lintang daripada penyerang muda, Haitham Muhammad Asiri.
Sejurus sebelum tamat separuh masa pertama, giliran Ahmed Al-Ghamdi pula menggandakan jaringan untuk memastikan Arab Saudi selesa di hadapan.
'The Green Falcons' melengkapkan kemenangan besar itu selepas Abdullah Radif muncul sebagai penjaring hatrik bagi membawa pasukan itu ke pusingan seterusnya.
Selepas ini, skuad Thailand bakal bertemu Tajikistan untuk penentuan tempat kedua dalam kumpulan C pada 22 April ini.