VIETNAM 3 KUWAIT 1

Vietnam menguasai Kumpulan D, Piala Asia B-23 apabila membelasah Kuwait 3-1 dengan pertemuan di Stadium Al Janoub, awal pagi tadi, dihiasi dua kad merah.


Kuwait terlebih dahulu terpaksa mengharungi aksi dengan 10 orang pemain dalam separuh masa pertama berikutan tindakan Ibraheem Kameel memijak paha pemain Vietnam, Van Khang Khuat.

Keceriaan skuad Naga Emas itu untuk memecah kebuntuan dalam masa kecederaan babak pertama apabila sepakan penalti Salman Mohammed memadam kelebihan awal yang dicipta Nguyen Van Tung.

Percaturan ketua jurulatih Vietnam, Hoang Anh Tuan, terhadap Vi Hao Bui membuahkan hasil apabila pemain gantian itu menghukum kesilapan penjaga gol, Abd Al Rahman Kameel.




Selepas beberapa lagi dihidangkan kesempatan menarik, finalis 2018 itu kemudian mencetak kedudukan 3-1 menerusi rembatan Vi Hao Bui.

Vietnam akan berhitung dengan Malaysia, Sabtu ini, yang selepas membuka kempen dengan langkah kiri apabila dibenam Uzbekistan 0-2 malam tadi.