Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, menganggap peluang buat pertahanan Terengganu, Muhammad Azam Bin Azmi Murad, tersenarai dalam skuad B-23 tahun ke saingan Piala Asia B-23 dilihat semakin samar.

Ini berikutan pemain berusia 22 tahun itu dilihat bertongkat ketika meninggalkan Stadium Nasional Bukit Jalil susulan difahamkan mengalami keretakan pada pergelangan kakinya.

Azam dijangka sekali lagi bakal terlepas peluang ke Qatar dan bakal berehat panjang selepas kempunan beraksi di Piala Asia ekoran kecederaan pada Januari lalu.

"Dengan apa yang menimpanya dirinya, mungkin kecederaanya sangat serius dan sukar buat dia mengikuti skuad bawah 23 tahun ke saingan Piala Asia Qatar nanti."

"Saya meminta maaf di atas apa yang berlaku." katanya.