Menurut ciapan yang dikeluarkan oleh Fadhirul Shuhaimi di aplikasi X, Juan Torres Garrido selaku pengendali pasukan Malaysia nyata tidak gembira dengan cara permainan anak buahnya yang gemar bermain di kawasan sendiri.

Pada perlawanan semalam, Malaysia menerima pengajaran berguna dari finalis 2022, Uzbekistan selepas tewas dengan keputusan 0-2.

"Kami terlalu lama bertahan dan terlalu lama menyimpan bola di dalam kotak penalti sendiri.

"Saya rasa kesilapan seperti ini boleh dielakkan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Laporan penuh dan eksklusif dari Doha, Qatar hanya di Nadi Arena 7.30 malam ini.