Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong , menempelak mutu pengadilan ketika anak buahnya ditundukkan tuan rumah, Qatar, 0-2 dalam perlawanan sulung Kumpulan A,Piala Asia B-23, awal pagi tadi.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu tidak berselindung dengan kekecewaannya terhadap pengadil dari Tajikistan, Nasrullo Kabirov, yang kerap bertindak berat sebelah dalam pertemuan di Stadiun Jassim bin Hamad, Doha.

"Semua pemain telah bersiap dengan baik tapi berdasarkan keputusan pengadil sepanjang perlawanan ini bukanlah satu aksi bola sepak, ini adalah pertunjukkan komedi," katanya dalam sidang media selepas perlawanan yang menyaksikan mereka dihukum menerusi dua situasi bola pegun.

Indonesia semakin tempang apabila kehilangan Ivar Jenner pada awal separuh masa kedua disusuli Ramadhan Sananta dalam masa kecederaan.

"Saya benar-benar tidak mengerti.




"Kad merah pertama, sama sekali tidak ada kontak. Tetapi pengadil memberi Ivar kad merah," tambahnya seperti dipetik daripada Indonesia CNN.