Meskipun perjalanan Indonesia dalam separuh akhir Piala Asia B-23 Qatar terhenti di tangan Uzbekistan, skuad Sang Garuda Muda tetap berpeluang untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris, Ogos ini.

Skuad kendalian Shin Tae Yong itu, mempamerkan aksi juang yang tinggi ketika berdepan pasukan Uzbekistan tetapi sering kali dinafikan peluang untuk mara ke perlawanan akhir Piala Asia B-23 Qatar, malam tadi.

Kini, usaha itu tidak akan terhenti begitu sahaja kerana mereka masih mempunyai harapan di mana mereka perlu menang dalam perlawanan penentuan tempat ketiga bagi merebut slot ke Sukan Olimpik Paris.

Sekiranya mereka tewas dalam penentuan tempat ketiga, mereka perlu menewaskan Guinea dalam playoff AFC-CAF untuk layak ke Sukan Olimpik.