LAOS 0 VIETNAM 6

Pasukan pilihan, Vietnam, menepati ramalan apabila memulakan saingan Kumpulan B, Piala AFF 2022 dengan kemenangan besar 6-0 ke atas Laos di Stadium Nasional New Laos sebentar tadi.

Skuad bimbingan Park Hang-seo itu, yang menduduki ranking ke-96 dunia, hanya memerlukan 15 minit untuk membuka jaringan menerusi pemain bintang, Nguyen Tien Linh, sebelum Do Hung Dung menggandakan kelebihan itu menjelang ke bilik persalinan.

Arus perlawanan terus mengalir sehala dalam babak kedua untuk Golden Star Warriors menambah empat lagi gol, bermula dengan jaringan Ho Tan Tai pada minit ke-55, disusuli jaringan Doan Van Hai (m-58), Nguyen Van Toan (m-82) dan Vu Van Thanh (m-91).

Kemenangan besar itu menyaksikan Vietnam kini mendahului carta Kumplan B di atas Malaysia, yang mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam perlawanan lebih awal.

Mereka seterusnya akan berehat sebelum menantikan kunjungan Malaysia di Hanoi pada Selasa depan tetapi Harimau Malaya terlebih dahulu akan melayani kunjungan Laos di Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Kredit foto: VFF