Jaringan penyerang negara, Faisal Halim, menjadi pemisah dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala AFF yang diselubungi kontroversi keputusan pengadil dari Korea Selatan, Kim Dae Young.
Seperti yang dijangka, Thailand bukan calang-calang lawan buat Harimau Malaya apabila mencari gol sebaik sepak mula di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Namun, mereka dikejutkan dengan sentuhan klinikal Faisal -- yang menyambut hari jadinya yang ke-25 hari ini -- untuk memerangkap penjaga gol, Kittipong Phuthawchueak, pada minit ke-11.
AFF Mitsubishi Electric Cup | Semi Final 1 | 1st leg
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 7, 2023
Keputusan semasa:
Malaysia ?? 1 - 0 ?? Thailand
Faisal Halim 11'
Saksikan semua perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup secara langsung hanya di Astro!#HariHariMauMenang#JomTunjukBelang pic.twitter.com/krtFQxnCFv
Skuad Gajah Perang meneruskan rentak serupa pada awal permainan dalam babak kedua sebelum dikejutkan dengan gol kedua tuan rumah yang ditanduk oleh Dominic Tan.
Gol kedua Malaysia, hasil tandukan Dominic Tan yang dibatalkan pengadil.
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 7, 2023
Ayuh Malaysia, kita cuba lagi! ??
Share pendapat korang dekat bawah! #HariHariMauMenang#JomTunjukBelang pic.twitter.com/Vkrn2PjFi7
Namun, pergeseran di antara pemain kedua-dua pasukan berlaku apabila Dae Young -- yang kali terakhir pengadil utama perlawanan pada 2019 -- membatalkan jaringan negara pada minit ke-55 apabila mendakwa pemain negara terlebih dahulu menggunakan tangan untuk mengasari Kittipong.
Bagaimanapun, semangat barisan kendalian Kim Pan-gon itu tidak mudah luntur di sebalik situasi yang tidak memihak mereka malah penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamed, bertindak cemerlang untuk menafikan percubaan terbuka Thailand.
Syihan Hazmi juga terlepas hukuman oleh Dae Yong gara-gara menjatuhkan Ekanit Panya di dalam kotak penalti pada minit ke-63 bagi mengekalkan kelebihan tipis sebagai bekalan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Thammasat, Selasa depan.