INDONESIA 0 THAILAND 4

Dua gol Chanathip Songkrasin meletakkan Thailand meniti laluan selesa untuk merampas semula gelaran jaguh Asia Tenggara sambil menghampiri kejuaraan keenam.


Edisi Piala AFF 2020 menyaksikan Indonesia bakal berdepan misi mutahil selepas tersungkur 0-4 di Stadium Nasional, Singapura sebentar tadi, menjelang aksi final kedua, Sabtu ini.

Chanatip mula menggegar gawang skuad Garuda seawal minit kedua dan sekali lagi merobek gawang lawan sebaik babak kedua bersambung sebelum sentuhan berbisa Supachok Sarachat and Bordin Phala menambah derita pasukan kendalian Shin Tae-yong itu.

Dalam lima percubaan final, mereka pernah dikecewakan Gajah Perang dalam edisi 2000, 2002 dan 2016.