Jurulatih kedah, Aidil Sharin Sahak, menganggap penundaan Piala AFC adalah jalan terbaik.

Ini selepas ingapura sebagai tuan rumah Kumpulan H dan I yang mengandungi Kedah dan Terengganu mengumumkan pembatalan penganjurannya minggu lalu berikutan lonjakan kes di sana.

Ketika tarikh pengajuran hanya berbaki dua minggu, selain belum ada sebarang kata putus daripada AFC, segalanya tampak mustahil.

"Apabila kami fikir balik, (proses) untuk buat visa termasuk kemudahan seperti tiket dan hotel yang perlu diselesaikan dalam masa dua minggu amat sulit.

"Jadi AFC pun faham.

"Kami tidak pasti adakah kejohanan ini akan ditangguh ke Ogos dan September depan," kata Aidil.




Dalam masa yang sama, jurulatih Sang Penyu, Nafuzi Zain, mengakui persediaan untuk ke Piala AFC sudah di tahap akhir.

Namun, segalanya bergantung kepada keperluan semasa dan keputusan dari Jawatankausa Pertandingan AFC yang akan diputuskan minggu depan.

"Kami mengharapkan tiada pembatalan, tidak kira ia diadakan di mana sekalipun.

"Fokus persiapan kami ialah Piala AFC. Buat sementara waktu ini ada beberapa pemain yang menerima panggilan antarabangsa terutama pemain import kami," katanya pula.