Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) dan ketua jurulatih, Philippe Troussier, bersetuju untuk berpisah, dua jam selepas kekalahan Vietnam 0-3 di tempat sendiri menentang Indonesia dalam kelayakan Piala Dunia/Piala Asia, malam tadi.

Troussier sempat mengucapkan terima kasih kepada pemain, kelab, VFF serta peminat dan memohon maaf kerana tidak memenuhi jangkaan.

Troussier menandatangani kontrak untuk melatih Vietnam B-23 dan pasukan bola sepak kebangsaan pada Mac 2023 dan sepatutnya berakhir pada 31 Julai 2026.




Dia membuat permulaan yang baik dengan tiga kemenangan berturut-turut menentang Hong Kong (1-0), Syria (1-0) dan Palestin (2-0) dalam perlawanan persahabatan

Tetapi selepas itu, Vietnam menempah 10 kekalahan dalam 11 perlawanan sementara satu-satunya kemenangan yang dikecapi mereka dalam tempoh mengecewakan itu ialah menentang Filipina dalam pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2026.