Stiliyan Petrov yakin dia akan kembali mengendalikan pasukannya, Aston Villa, suatu hari nanti tetapi memberitahu dia belum bersedia untuk menggantikan Roberto Di Matteo.

Di Matteo dipecat oleh Villa selepas menduduki tangga ke-19 dalam saingan Liga Kejuaraan selepas tersingkir daripada Liga Perdana musim lalu.

Petrov -- dipaksa untuk bersara pada 2013 selepas disahkan menghidap leukemia - kekal sebagai pemain kegemaran penyokong di Villa Park.

Selepas gagal untuk membuat penampilan semula kerana penyakinya, Petrov bercadang untuk menjadi pengurus pasukan.

Bagaimanapun, dia enggan meletakkan dirinya sebagai pilihan utama untuk mengambil alih Villa dalam masa terdekat.

"Saya sentiasa jujur dengan diri saya dan saya belum bersedia untuk jawatan ini," kata Petrov.

"Saya mengetahui suatu hari nanti, saya akan menjadi pengurus Villa tetapi masih terlalu awal lagi.

"Mereka memerlukan seorang pengurus yang berpengalaman dan mampu meningkatkan semula kualiti kelab ini.

"Penyokong mengharapkan mereka kembali beraksi dalam Liga Perdana, sebaliknya menyaksikan mereka semakin teruk dan saya tidak terkejut dengan keputusan pengerusi kelab untuk mendapatkan jurulatih yang baru."