JDT 3 SELANGOR 0
(JDT diberikan kemenangan percuma)

Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sebentar tadi meraikan kejayaan mendakap Piala Sultan Haji Ahmad Shah melalui kemenangan percuma 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.







Harimau Selatan memastikan kejuaraan ke-27 itu selepas Selangor memilih untuk menarik diri daripada perlawanan pembukaan Liga Super tersebut dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kemudian membatalkan perlawanan berkenaan, seterusnya menghadiahkan kemenangan percuma kepada juara bertahan 10 kali berturut-turut itu.

Justeru, JDT akan mengalihkan perhatian mereka kepada pertemuan dengan Negeri Sembilan, petang Sabtu depan sementara Gergasi Merah menjadi tuan rumah kepada Kedah Darul Aman.