Hanya dalam masa lima minit sahaja percaturan yang diterapkan Esteban Solari telah menambat hati peminat-peminat bola sepak Malaysia di mana beliau telah menerapkan satu corak permainan yang berbeza dari apa yang kita lihat sebelum ini dari pasukan Johor Darul Ta’zim.

Walaupun masih menggekalkan formasi dan falsafah bola sepak Harimau Selatan, kita dapat melihat bagaimana pergerakan bola yang lebih pantas, terutama melalui hantaran-hantaran pendek dan transisi pantas melalui serangan balas.

Itu kita dapat lihat semasa jaringan pertama yang dilakukan Harimau Selatan melalui Juan Muniz apabila keputusan pantas di ambil Oscar Arribas menghantar bola kepada Bergson de Silva sebelum melakukan hantaran lintang, begitu juga dengan situasi jaringan kedua JDT apabila Bergson menerima hantaran lintang Arif Aiman yang tepat dan keputusan yang pantas dan tepat di ambilnya.

Selain itu, kita juga dihiburkan dengan pergerakan-pergerakan yang begitu kreatif ditampilkan pemain-pemain import baru Harimau Selatan itu seperti Muniz dan Arribas.

Kedua-dua pemain ini telah menunjukan kepada kita semua kenapa pentingnya selepas melakukan hantaran perlu terus bergerak meninggalkan kawasan asalnya kerana ruang itu perlu ditinggalkan untuk rakan-rakan lain memasukinya.

Ini menampakkan penggiliran sentiasa berlaku dan ini sudah pasti akan mengelirukan lawan yang menyebabkan The Turtles terpaksa mengubah strategi dalam separuh masa kedua dengan menunggu di dalam kawasan sendiri ketika bertahan dan memperlahankan sedikit rentak permainan untuk mematikan tempo permainan Harimau Selatan yang pantas.


Namun, ia tidak menjadi masalah kepada jurulatih dari Argentina itu, sebaliknya dia masih percaya pada kemampuan pemain-pemain untuk terus bermain mengikut apa yang di rancang, terutama memgikut falsafah bola sepak JDT kerana beliau tahu mentaliti pemain-pemainnya inginkan kemenangan.

Dari faktor itu juga Esteban Solari berjaya menjelmakan satu indentitii bola sepak baru dan moden di JDT bagi membezakan daripada jurulatih-jurulatih sebelum ini.

Ia menampakkan percaturan yang berbeza ditampilkan oleh Esteban Solari untuk bersaing dalam liga tempatan dan dalam Liga Juara-juara Asia (AFC).


"Rencana","Bola Sepak","Liga Super Malaysia","Johor Darul Ta'zim FC","Estaban Solari"