Skip to main content

Bola Sepak

Penyerang import dari Lubnan perkuat Penang FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sony-saad-penang-fc.jpg
Bahagian serangan Penang FC akan berwajah baru musim depan dengan ketibaan pemain import dari Lubnan, Soony Saad, hari ini.

Soony, 30, merupakan pemain kebangsaan Lubnan yang pernah mewakili Amerika Syarikat (AS) di peringkat remata.

Dia pernah mewakili kelab AS, Sporting Kansas City, pada awal kariernya sebelum berpangkalan di Thailand dan timur tengah.

Selain itu, penyerang berkenaan juga pernah melakukan 26 penampilan bersama skuad senior kebangsaan Lubnan dan menjaringkan tujuh gol peringkat antarabangsa.

"Selamat datang..! Memperkenalkan pemain import baru bagi pasukan Penang FC musim 2023, Hassan Ali "Soony" Saad dari Lubnan kini Harimau Kumbang..!

"Soony, dilahirkan pada 17 Ogos 1992 dan dibesarkan di Wyandotte, Michigan, Amerika Syarikat. Seorang pemain penyerang, yang juga boleh bermain di bahagian sayap, berusia 30 tahun, telah bersama skuad Al-Wehdat dan PT Prachuap untuk musim 2021 dan 2022," tulis Penang FC dalam satu pengumuman di laman Facebook rasmi mereka.



Kredit foto: Penang Football Club
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video