Nama pengulas Astro Arena, Aiman Roshizam, mendapat perhatian peminat bola sepak dari Indonesia.

Aiman yang bertindak sebagai pengulas perlawanan aksi Indonesia bertemu Jordan dalam perlawanan peringkat kumpula Piala Asia B-23 mendapatkan reaksi positif.

Menerusi satu video di portal media Indonesia, BG News, yang mengumpulkan klip rangkuman pengulasan Aiman menarik minat ramai peminat dari negara jiran.


Dalam aksi itu, Indonesia garang membelasah pasukan Jordan 4-1 hasil dua jaringan Marselino Ferdinan dan satu gol masing-masing daripada Komang Teguh serta Witan Sulaeman sekaligus mara ke pusingan kalah mati.

Indonesia bakal turun beraksi berdepan juara edisi 2018, Uzbekistan dalam misi memburu slot ke final sekaligus mara ke Sukan Olimpik Paris.