Penang makin menghimpit Terengganu di tempat ketiga Liga Super dengan kemenangan 2-1 ke atas Petaling Jaya (PJ) City, sebentar tadi.

Casagrande menggunakan kepakaran tandukannya untuk Penang di depan seawal minit ke-4 yang juga merupakan gol ke-12 peribadinya musim ini.

Ia tidak mematahkan kekentalan semangat The Phoenix yang menyaksikan Khyril Muhymeen Zambri memiliki peluang menarik termasuk gerakan solo di penghujung separuh masa pertama.

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila Penang bertambah selesa dengan jaringan kedua perlawanan hasil sentuhan Sheriddin Boboev.

Casagrande beroleh satu lagi peluang berharga pada minit-61 tetapi kali ini penjaga gol PJ City, Kalamullah Al Hafiz, lebih cekap mengekang percubaannya.




Beberapa selepas itu, pelawat bimbingan P. Maniam itu bertambah semangat untuk setidak-tidaknya memungut berkongsi mata selepas ledakan memukau P. Rajesh.

Namun, defisit jaringan 1-2 itu kekal hingga tamat permainan untuk Harimau Kumbang menyamai pungutan 37 mata Terengganu yang kekal di tangga ketiga meskipun tewas tipis malam ini.

Kuala Lumpur City kekal kebal di Cheras di sebalik berdepan krisis kecederaan di bahagian serangan dengan Paulo Josue mencetak gol tunggal perlawanan buat kelab kendalian Bojan Hodak itu.




Baki perlawanan Liga Super kedua-dua pasukan:

• PENANG
lwn Sri Pahang (A)
lwn Terengganu (H)

• PJ CITY
lwn UiTM (H)
lwn Selangor (A)

Keputusan Liga Perdana:

Johor Darul Ta'zim II 3 Terengganu FII 2