Roy Keane berkata dia berasa simpati kepada Manchester United selepas tewas dalam aksi derby kepada Manchester City susulan bekas kapten itu percaya pemain-pemain yang diturunkan sememangnya tidak cukup bagus.

United tewas 2-0 kepada juara Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, jaringan sendiri Eric Bailly dan Bernardo Silva melengkapkan perlawanan sebelum tamat separuh masa pertama.

Ia merupakan perlawanan liga pertama bagi Red Devils sejak tewas 5-0 kepada Liverpool tetapi ia merupakan keputusan yang lebih berbanding ketika bertemu skuad kendalian Jurgen Klopp tempohari.

United had only one shot on target throughout, managing only 389 passes to City's 821, as Pep Guardiola's men eased through the contest in second gear.

Bekas pertahanan United, Gary Neville menyifatkan ia sebagai "kemusnahan tenang" di tangan City, dan Keane bersetuju ia adalah perlawanan yang mudah untuk pelawat.

"Ia sangat buruk. Perbezaan dalam kelas, kualiti dan membuat keputusan, pada asasnya segala-galanya," katanya di Sky Sports.

"Ia seperti perlawanan antara kanak-kanak dengan dewasa, tetapi United memang langsung tidak bersedia untuk perlawanan ini, sukar untuk mempercayainya. Tengok Shaw dan De Gea. Apakah peluang yang anda ada dalam perlawanan ini? Saya telah mengenali mereka selama bertahun-tahun.

"Saya berputus asa dengan pemain-pemain ini. Mereka adalah pemain bertaraf antarabangsa. Saya tidak dapat memahami mereka. Saya menyerah."

"Phil Foden menyebut ia adalah tempat yang sukar untuk datang. Ia tidak. Tanya Everton, tanya Aston Villa dan Liverpool. Pasukan telah datang ke Old Trafford dan berseronok di sini."

United kini tewas lapan perlawanan di tempat sendiri dalam semua kejohanan pada 2021, paling banyak dalam setahun kalendar sejak 1989, manakala mereka mengharungi 14 perlawanan di Old Trafford tanpa rekod bersih buat kali pertama sejak 1950-an.